Jumlah korban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Türkiye sudah melepasi 12,000, lapor Agensi Anadolu memetik sebuah agensi kerajaan pada Khamis.<br /><br />Menurut Agensi Pengurusan Bencana (AFAD) Türkiye seramai 12,391 orang terbunuh manakala 62,914 yang lain cedera dalam gempa bumi yang berlaku pada Isnin dan berpusat di wilayah Kahramanmaras.